Followers

Wednesday, 12 October 2011

Ingat Kes Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pemuda Rusia di Britain? Mahkamah telah Menjatuhkan Hukuman...




Berita awal tentang empat lahanat ini boleh dibaca di sini.


Semalam Mahkamah Woolwich Crown menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun kepada keempat-empat keparat ini atas kesalahan merogol pelajar Malaysia dan merakamkan aksi jijik mereka itu dengan menggunakan iPhone, lapor DM.

Lebih terperinci, ketua empat pemuda golongan berada Rusia ini, iaitu Norayr Davtyan, 22, dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Andreev Melnikov dikenakan penjara 9 tahun, manakala  Oleg Inavov dan Armen Simonyan dikenakan hukuman penjara 8 tahun.

Menurut hakim, keempat-empat lahanat ini bersorak ketika merogol mangsa seperti "pemain bola sepak meraikan jaringan gol". 

Mereka juga telah menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan kolej tempat mereka menuntut di Britain. Mangsa turut menuntut di kolej yang sama. Keparat-keparat ini turut mendakwa akan menunjukkan rakaman yang memaparkan aksi jijik itu kepada rakan-rakan di Moscow.

No comments:

Post a Comment