Followers

Monday 17 February 2014

Pelajar Diculik Dipaksa Berbogel, Melakukan Onani, dan Menjilat Kaki Penculiknya



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.

Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.

Wednesday 5 February 2014

Remaja Lelaki Mengaku Berzina dengan Budak Bawah Umur di Halaman Rumah


Sekadar hiasan.


[SH] KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.

Sunday 2 February 2014

Baru Berusia 16 Tahun Sudah Kemaruk Mengintai Isteri Orang Mandi


Remaja yang berusia 16 tahun ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu,
semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi. -Teks/Foto: SH.


[HM] KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja bawah umur mengintai isteri jirannya mandi membawa padah apabila perbuatannya itu disedari mangsa sebelum dia dicekup suami wanita terbabit.

Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

1 daripada 4 Belia Singapura Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Internet


Sekadar hiasan.
[HM] SINGAPURA: Rakyat negara ini didapati menunjukkan sikap lebih liberal dan mengambil risiko lebih besar apabila menyentuh soal seks.

Kira-kira satu pertiga responden dalam kaji selidik berkata, mereka percaya melakukan hubungan seks dengan seseorang yang ditemui buat kali pertama adalah perkara biasa.

Satu lagi statistik membimbangkan ialah 27.6 peratus daripada 1,790 responden, atau seorang bagi setiap empat responden berkata, mereka pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang ditemui di Internet.

Kaji selidik itu yang keputusannya dikeluarkan semalam dijalankan Persatuan Perancangan Keibubapaan Singapura (SPPA) antara Julai dan November 2010 bagi mengetahui mengenai kesedaran kesuburuan dan amalan seks di kalangan rakyat Singapura. 
Kaji selidik ini meminta pendapat individu antara 15 hingga 66 tahun dengan kira-kira 79 peratus responden berusia 35 tahun ke bawah. Naib Persiden SPPA, Edward Ong berkata, terdapat peningkatan meluas dalam bilangan orang muda melakukan hubungan seks, kebanyakannya belum bersedia untuk berumah tangga. 
Sambil menekankan kebimbangan mengenai kehamilan tidak diingini, pengguguran dan jangkitan penyakit kelamin, Ong berkata, “perlunya kepekaan untuk kembali kepada perkara asas bagi menyemai perlakuan seksual yang bertanggungjawab dan pencegahan kehamilan. - AsiaOne

Monday 27 January 2014

BUDAK SEKOLAH PAMER GAMBAR BOGEL RAIH FOLLOWERS TWITTER


Budak Sekolah Pamer Gambar Bogel Raih Followers TwitterMenjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri di Malaysia dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.



Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.

Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi

Cikgu Cun SAMAN Artis Kerana Pamer & Lelong Lukisan "Bogel"nya


Lukisan kontroversi yang digelar Dust. 

Berita Agensi melaporkan seorang guru yang pernah menjadi model bogel bertindak menyaman seorang artis selepas dia melelong sebuah lukisan minyak yang memaparkan imejnya. Xiao Mei (bukan nama sebenar) telah memfailkan saman sebanyak 500 000 Yuan (RM243 825) di sebuah mahkamah di Hunan China.

Selain ganti rugi, dia juga menuntut agar pelukis Wang Hongzheng menyiarkan iklan permohonan maaf secara terbuka di akhbar.

Lima tahun lalu, Xiao Mei diperkenalkan oleh agensi pemodelan untuk menjadi model bogel hasil seni Wang. Dia menerima bayaran sebanyak 2 000 Yuan (RM975) untuk tugas tersebut. Tidak lama selepas itu, Xiao Mei memilih bidang perguruan sebagai kerjaya.

Wang and one of his artworks
Wang dan salah satu karya beliau
Tahun lalu, Xiao Mei mendapati Wang telah mempamerkan lukisan yang memaparkan imejnya di sebuah pameran lukisan dan melabelkan lukisan untuk lelongan awam. 

Akibatnya, Xiao Mei mendakwa sesetengah ibu bapa mengadu bahawa dia telah merosakkan imej guru dengan bergambar bogel. Xiao Mei berkata Wang telah melanggar hak, reputasi, dan privasinya.

Mahkamah telah mengarahkan Wang untuk membayar pampasan sebanyak 300 000 Yuan (RM146 295) kepada Xiao Mei. Mahkamah juga memutuskan bahawa Wang telah mempamerkan lukisan itu tanpa persetujuan Xiao Mei dan telah merosakkan reputasinya sebagai guru. Wang dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. -DCM

Saturday 25 January 2014

Lelaki Adakan Hubungan Terlarang dengan Adik Ipar 12 Tahun



The Straits Times melaporkan seorang lelaki mengadakan hubungan kelamin dengan adik iparnya ketika tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mentuanya di Singapura. Isterinya ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Sewaktu isterinyaberada berada di hospital kerana melahirkan anak, lelaki itu mengadakan hubungan seks dengan adik iparnya yang berusia 12tahun.

Pada Selasa lalu, mahkamah menjatuhi lelaki yang berusia 32 tahunitu hukuman penjara 60 bulan atas dua tuduhan penembusanseksual terhadap kanak-kanak.

Kedua-dua nama tertuduh dan mangsa tidak didedahkan untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.

Menurut sumber, kejadian itu bukanlah kali pertama lelaki ituterlibat dalam salah laku seks dengan kanak-kanak tersebut.Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu pertama kali menumpang di rumah ibu bapa mentuanya bersama-sama dengan isteri dananak perempuan yang berusia tiga tahun, selama seminggu pada Jun tahun lepas.

Suatu malam, lelaki itu menonton klip lucah di telefon bimbitnya di dapur. Ketika mangsa ke dapur, lelaki itu mengajak mangsa menonton klip tersebut 
bersama-sama dengannya.

 Kiriman mangsa di Facebook telah membantu ibu bapanya membongkar kejadian tersebut. -DCM