Followers

Monday 27 January 2014

Cikgu Cun SAMAN Artis Kerana Pamer & Lelong Lukisan "Bogel"nya


Lukisan kontroversi yang digelar Dust. 

Berita Agensi melaporkan seorang guru yang pernah menjadi model bogel bertindak menyaman seorang artis selepas dia melelong sebuah lukisan minyak yang memaparkan imejnya. Xiao Mei (bukan nama sebenar) telah memfailkan saman sebanyak 500 000 Yuan (RM243 825) di sebuah mahkamah di Hunan China.

Selain ganti rugi, dia juga menuntut agar pelukis Wang Hongzheng menyiarkan iklan permohonan maaf secara terbuka di akhbar.

Lima tahun lalu, Xiao Mei diperkenalkan oleh agensi pemodelan untuk menjadi model bogel hasil seni Wang. Dia menerima bayaran sebanyak 2 000 Yuan (RM975) untuk tugas tersebut. Tidak lama selepas itu, Xiao Mei memilih bidang perguruan sebagai kerjaya.

Wang and one of his artworks
Wang dan salah satu karya beliau
Tahun lalu, Xiao Mei mendapati Wang telah mempamerkan lukisan yang memaparkan imejnya di sebuah pameran lukisan dan melabelkan lukisan untuk lelongan awam. 

Akibatnya, Xiao Mei mendakwa sesetengah ibu bapa mengadu bahawa dia telah merosakkan imej guru dengan bergambar bogel. Xiao Mei berkata Wang telah melanggar hak, reputasi, dan privasinya.

Mahkamah telah mengarahkan Wang untuk membayar pampasan sebanyak 300 000 Yuan (RM146 295) kepada Xiao Mei. Mahkamah juga memutuskan bahawa Wang telah mempamerkan lukisan itu tanpa persetujuan Xiao Mei dan telah merosakkan reputasinya sebagai guru. Wang dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. -DCM

No comments:

Post a Comment