Followers

Saturday 26 May 2012

Jiran temui mayat pemuda

Jiran temui mayat pemuda
BANDAR TUN RAZAK – Seorang pemuda yang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Felda Keratong 3, di sini, ditemui mati oleh seorang jiran yang ketika itu mahu menghantar makanan ke rumah lelaki berkenaan.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin itu, mayat mangsa, Sharun Mizan Hussin, 31, ditemui dalam keadaan terlentang dengan mulut sedikit terbuka di depan ruang tamu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya berkata, mangsa yang sebelum ini tinggal dengan abangnya di Kluang, Johor dipercayai baru tiga hari pulang ke rumah arwah kedua orang tuanya di felda berkenaan.

“Mangsa yang sudah kematian ibu dan bapa pulang ke rumah itu pada Selasa lalu dan dipercayai mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari lepas,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, pagi sebelum kejadian, jiran mangsa turut menghantar sarapan pagi, namun ketika itu tiada sebarang perubahan berlaku ke atas lelaki itu sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri kira-kira lima jam selepas itu.

“Tidak lama selepas menghantar sarapan pagi, jiran terbabit sekali lagi ke rumahnya untuk menghantar makanan tengah hari, namun alangkah terkejutnya apabila mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Balai Polis Bandar Tun Razak berhubung kes kematian tersebut sebelum beberapa anggota polis dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa yang diperiksa seorang penolong pegawai perubatan Bandar Tun Razak mendapati lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia akibat masalah paru-parunya yang gagal berfungsi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan rekod perubatan yang diperoleh selain mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan pada bahagian anggota badan mangsa,” katanya.

1 comment:

  1. The best coin casino no deposit bonus codes
    Most 인카지노 popular coin casino no deposit bonus codes worrione · 1. Wild Spins · 2. LuckySpins · 3. Wild Slots · 4. Slots of Vegas · 5. PlayOJO Casino · 6. 메리트카지노 Play

    ReplyDelete