Berita Agensi memetik laporan BBC melaporkan seorang lelaki memfailkan saman terhadap laman web Facebook selepas anak perempuannya berumur 12 tahun boleh memuatkan gambar "seksi"nya sendiri di laman sosial itu.
Saman itu mempersoalkan sama ada Facebook yang mengharamkan mereka berumur 13 tahun ke bawah menggunakannya, mengambil pendekatan yang mencukupi untuk mengesahkan umur penggunanya.
Peguam lelaki itu, Hilary Carmichael berkata, berdasarkan pandangannya, Facebook tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, tetapi syarikat itu tidak mengambil pendekatan mencukupi untuk menghalang mereka di bawah umur 13 tahun menggunakan laman sosial tersebut.
‘‘Pemeriksaan umur seperti meminta nombor pasport merupakan pendekatan mudah untuk dilaksanakan oleh Facebook,’’ ujarnya.
Menurut Carmichael, gambar kanak-kanak tersebut sangat menonjol - memaparkan kanak-kanak itu dalam gaya provokatif selain disolek tebal menjadikannya kelihatan lebih tua daripada 12 tahun.
Kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan memberikan maklumat kediaman dan sekolahnya dalam laman sosial tersebut.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Belfast tersebut mendakwa Facebook cuai.
Saman itu juga mendakwa laman sosial yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), Palo Alto mewujudkan risiko ancaman seksual dan fizikal kepada kanak-kanak perempuan tersebut.
Jika akaun itu tidak dipadamkan oleh Facebook, saman tersebut menyatakan satu aplikasi akan diwujudkan bagi menghalang Facebook beroperasi di Ireland Utara, kata Charmichael dalam laman webnya.
* Versi Inggeris di sini.
P/s: Sebelum menyalahkan FB, sebagai ayah, lelaki itu perlu menyalahkan dirinya dahulu!
No comments:
Post a Comment