Followers

Sunday, 16 October 2011

[Kemas Kini] Remaja SEBARKAN Aksi Seks kepada Penduduk Kampung dan Ibu BapaTeman Wanitanya


Dipetik dari duniacarcamerba:-
Sekadar hiasan.

Seorang remaja lelaki di Melaka mengedarkan video klip yang memaparkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, seorang remaja bawah umur kepada beberapa individu di sebuah kampung di Kampung Pengkalan di Alor Gajah lapor Daily Chili.

Menurut sumber, budak lelaki itu, dipercayai berusia 16 tahun, bertindak mengedarkan klip berikut selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang berusia 14 tahun.

Antara individu yang menerima  klip tersebut melalui perkhidmatan multimedia (MMS) termasuklah jiran keluarga teman wanitanya dan pemimpin masyarakat di kampung tersebut.

"Apabila saya melihat klip tersebut, saya memutuskan untuk memberitahu ibu bapa remaja perempuan itu. Saya rasa remaja lelaki itu mengedarkan klip itu dengan sengaja kerana marah  terhadap teman wanitanya," kata seorang penduduk berusia 48 tahun.

Klip video itu didakwa dirakam ketika pasangan itu mengadakan hubungan hubungan seks di sebuah hotel bajet di Melaka beberapa bulan lepas.

Difahamkan ibu remaja perempuan berusia 39 tahun  menerima klip tersebut pada pukul 8:00 malam pada hari Selasa dan terkejut melihat anaknya yang melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya.

Remaja perempuan itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel. Susulan itu, ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

OCPD Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin memaklumkan bahawa pihaknya kini menyiasat kes tersebut.-DCM

P/s: Habis terbarai budak-budak sekarang!


Kemas Kini (16/9):

Dua berita yang berbeza maklumatnya. Anda baca berita yang saya terjemahkan daripada Daily Chili di atas dan baca pula berita yang petik dari Sinar Harian. Perbezaan maklumat dalam kedua-dua berita tersebut amat mengelirukan terutama dari segi umur suspek dan MMS yang dihantarkan kepada ibu teman wanitanya dan orang kampung.


Hantar gambar memalukan

[SH] AYER KEROH – Seorang ibu terkejut apabila menerima khidmat pesanan multimedia (MMS) memaparkan gambar mengaibkan anak gadisnya di rumah mereka di Kampung Pengkalan, Alor Gajah, dekat sini, baru-baru ini.

Gambar anaknya yang sedang tidur dengan baju dalam dan ditutup dengan selimut sehingga paras dada itu diterima dari nombor tidak dikenali.

Menurut sumber, wanita terbabit bertanyakan kepada anak gadisnya berusia 14 tahun itu sebelum anaknya membuat pengakuan pernah bertemu seorang lelaki dan diba:wa ke sebuah hotel di bandaraya Melaka.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Shah Gzali Khan Shadat yang mengesahkan kejadian itu berkata, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Bukit Beruang pada pagi 13 September lalu.

“Ibu mangsa menerima MMS beberapa hari sebelum membuat laporan di IPK pagi Selasa lalu. Suspek sudah pun ditahan di kediamannya di Alor Gajah, semalam (kelmarin).

“Suspek berusia 22 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu dipercayai kenalan kepada abang mangsa dan mereka tinggal sekampung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Shah Gzali, suspek kini ditahan reman bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan gambar lucah.

No comments:

Post a Comment