Followers

Wednesday 11 May 2011

Budak 2 Tahun Meninggal Dunia kerana Penderaan Fizikal dan Seksual


Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang bapa tiri yang bertengkar dengan isterinya kerana masalah kewangan sanggup bertindak zalim menolak anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun 10 bulan hingga pengsan hanya kerana kanak-kanak itu menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam Rabu lalu itu, mangsa yang tidak sedarkan diri sebaik pengsan di rumahnya di Taman Tasik Permai, di sini, kemudian dibawa ke Hospital Ampang oleh ibunya yang berusia 24 tahun untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil pemeriksaan awal, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik dibawa ke hospital.

Menurutnya, ketika dibawa ke hospital, mangsa tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan lanjut, doktor menemui kesan luka pada pipi dan kemaluan mangsa dipercayai dipukul menyebabkan doktor berkenaan yang mengesyaki mangsa didera membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Amiruddin berkata, bertindak atas laporan itu, polis mengesan suspek yang berusia 28 tahun dan menahannya kira-kira jam 8 malam di rumahnya di Taman Tasik Permai.

“Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.

“Hasil bedah siasat kelmarin mendapati punca kematian mangsa akibat pendarahan dalam otak,” katanya.

Menurutnya, kejadian sebenar masih dalam siasatan, malah ibu mangsa juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan.

“Setakat ini, mangsa tidak dicederakan menggunakan alat tajam kerana tiada kesan tikaman sebaliknya cedera di pipi dan kemaluan,” katanya.

“Ibu mangsa juga akan dipanggil lagi untuk direkodkan keterangannya bagi mendapatkan situasi sebenar kejadian itu berlaku,” katanya.
Dipetik dari  Duniacarcamerba

No comments:

Post a Comment