Followers

Sunday, 2 February 2014

1 daripada 4 Belia Singapura Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Internet


Sekadar hiasan.
[HM] SINGAPURA: Rakyat negara ini didapati menunjukkan sikap lebih liberal dan mengambil risiko lebih besar apabila menyentuh soal seks.

Kira-kira satu pertiga responden dalam kaji selidik berkata, mereka percaya melakukan hubungan seks dengan seseorang yang ditemui buat kali pertama adalah perkara biasa.

Satu lagi statistik membimbangkan ialah 27.6 peratus daripada 1,790 responden, atau seorang bagi setiap empat responden berkata, mereka pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang ditemui di Internet.

Kaji selidik itu yang keputusannya dikeluarkan semalam dijalankan Persatuan Perancangan Keibubapaan Singapura (SPPA) antara Julai dan November 2010 bagi mengetahui mengenai kesedaran kesuburuan dan amalan seks di kalangan rakyat Singapura. 
Kaji selidik ini meminta pendapat individu antara 15 hingga 66 tahun dengan kira-kira 79 peratus responden berusia 35 tahun ke bawah. Naib Persiden SPPA, Edward Ong berkata, terdapat peningkatan meluas dalam bilangan orang muda melakukan hubungan seks, kebanyakannya belum bersedia untuk berumah tangga. 
Sambil menekankan kebimbangan mengenai kehamilan tidak diingini, pengguguran dan jangkitan penyakit kelamin, Ong berkata, “perlunya kepekaan untuk kembali kepada perkara asas bagi menyemai perlakuan seksual yang bertanggungjawab dan pencegahan kehamilan. - AsiaOne

No comments:

Post a Comment