Thursday, 24 March 2011
Pesta seks pelajar IPTA
Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu.
Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.
Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.
“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.
“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.
Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya.
“Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun.
“Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk.
“Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.
“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya.Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan.“Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.
“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya.
Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki.
“Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.
“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya.
Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.
“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit.
“Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.
Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa.
“Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.
Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.
“Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment