KUCHING: Harapan seorang remaja untuk menumpang kasih di rumah datuknya selepas ibu bapanya bercerai berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia bukan saja dijadikan ‘santapan’ lelaki bernafsu haiwan, malah bapa saudaranya turut ‘tumpang sekaki’ dengan merogolnya sehingga hamil.
Lebih mengejutkan, dalam kejadian di sebuah rumah di sini, datuk mangsa berusia 57 tahun dan bapa saudaranya turut dipercayai meratah dua lagi adik- beradik mangsa, sebelum kedua-dua suspek itu ditahan kelmarin.
Difahamkan, tiga remaja berkenaan terpaksa tinggal di rumah datuk selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu dan sering dijadikan hamba seks dua lelaki jahanam itu.
Tembelang kedua-dua suspek berperangai haiwan itu terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan pada tubuh anaknya berusia 16 tahun itu lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
Wanita itu terkejut apabila pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil sebelum membuat laporan mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, laporan diterima daripada keluarga mangsa mengatakan remaja itu dirogol sehingga hamil.Katanya, susulan laporan itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek dan bapa saudaranya berusia 34 tahun kira-kira jam 6 petang pada hari laporan dibuat.
“Penahanan mereka dibuat berdasarkan laporan diterima mangsa dan polis masih menjalankan siasatan untuk membolehkan kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan dilakukan.
“Setakat ini, polis hanya menerima satu laporan iaitu daripada mangsa, manakala laporan berhubung dua lagi adik beradiknya yang turut menjadi mangsa belum diterima,” katanya.
“Polis akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.” katanya.
Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai perlindungan sementara. - Alias Abd Rani
No comments:
Post a Comment