Followers

Sunday, 27 February 2011

Remaja Masa Kini

Remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasayang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini, seseorangindividu mengalami perubahan yang pesat dari segi biologi, fizikal, mental dan emosi disamping perubahan tanggungjawab dan peranan. Justeru, bagi mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalammencari identiti sendiri. Akibatnya, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diriremaja yang membawa kepada masalah jenayah dalam kalangan mereka. Pada hari ini,seringkali kita mendengar tentang gejala sosial sama ada yang dilakukan oleh dewasamahupun remaja. Namun, gejala sosial yang melibatkan remaja lebih hangat diperkatakansama ada di media massa mahupun sembang-sembang di kedai kopi. Hal ini demikian keranagolongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara dan menjadi satutanggungjawab yang penting bagi kita dalam usaha pembentukan jati diri remaja yang baikdan positif.Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah merujuk kepada perbuatan danaktiviti remaja yang berlawanan daripada norma-norma masyarakat, undang-undang negaradan agama seperti mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah,menderhaka kepada ibu bapa dan seumpamanya. Perbuatan remaja dikatakan nakal keranaremaja dianggap masih belum matang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang merekalakukan tidak dikenakan hukuman yang berat. Mereka bukan sekadar nakal denganmenghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejalaseperti ponteng sekolah, membuang bayi, lari dari rumah serta seks bebas kini tidak lagimengejutkan kita. Malahan, remaja kini semakin berani melakukan perbuatan jenayah sepertimenganggotai kumpulan samseng, membunuh, samun tanpa senjata api, pelacuran, judi,vandalisme, penyalahgunaan dadah, minum arak, terbabit video lucah dan sebagainya.Keadaan sepeti ini bukan hanya berlaku di sekolah bandar dan pinggir bandar, malahan turutmelibatkan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar. Perbuatan jenayah ini boleh dianggapsemakin sinonim dengan kehidupan mereka seharian.Pelajar yang pada asasnya menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnyabergelut memperlengkapkan diri dengan ilmu dan menjadi insan yang serba boleh demi masadepan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda yang berharga dengan melakukanpelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional. Adalah satu kesilapan bagi merekayang menganggap masalah sosial remaja hari ini merupakan satu trend semasa yang bersifatsementara dan hanyalah gejolak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba sesuatu yangbaru. Sebagai bukti, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan buka kerajaan (NGO) sertainstitusi pengajian tinggi tempatan menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahupun diluar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan, statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun,merusuh, mencuri dan kesalahan lain yang melibatkan golongan remaja. Malahan, jumlahtangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatanberbanding tahun sebelumnya (Berita Harian,16 April 2009).Sepanjang tahun 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajarditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yangmenyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Selain itu, Naib Pengerusi Yayasan PencegahanJenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulanpertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabitpelbagai kes jenayah termasuk membunuh (Berita Harian,16 April 2009). Bagi kes jenayahmembunuh melibatkan remaja yang telah dilaporkan dalam tempoh 10 tahun dari tahun 1989hingga 1998, kadar jenayah yang melibatkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35% dan 25%bagi pelajar perempuan. Angka ini bukanlah sedikit dan menunjukkan betapa gejala ini sangatmembimbangkan dan tidak boleh dianggap mudah memandangkan gejala ini mampu menjadi‘seperti api dalam sekam’ kerana kesan yang timbul mampu mengganggu sistem keamanannegara.Selain itu, menurut Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
Deputi Supritenden Rasdi Ramli, beliau berkata, sebanyak 3,936 kes jenayah dilapor
membabitkan juvenil sepanjang tahun lepas dengan 3,008 daripadanya melibatkan kes-kes
jenayah kekerasan dan harta benda. Manakala, 26 remaja ditahan sepanjang tahun lepas di
seluruh negara kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh sementara dua lagi ditahan atas
kesalahan cubaan membunuh dan seramai 104 remaja pula ditahan atas kesalahan rogol dan
111 pula ditahan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan (Utusan Malaysia, 8 Februari
2006).Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya gejala tidak sihat inidalam diri remaja, antaranya ialah faktor keluarga, persekitaran, media massa, rakan sebayadan juga diri sendiri. Ramai pelajar dan remaja kini mula terdedah dengan dunia tanpasempadan yang secara tidak langsung mampu memberikan kesan yang negatif kepada merekasekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan baik. Mereka bukan sahaja mudah terpengaruhdengan media yang sering memberikan ganjaran kesoronokan malahan ramai dalam kalanganmereka yang mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan mediaberteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada dunia luar yang kebanyakannya merosakkanpemikiran mereka.Di samping itu, ikatan kekeluargaan yang porak peranda dan persekitaran yang tidaksihat juga turut menyumbang ke arah kelakuan tidak baik dalam diri remaja. Keadaan inimenyebabkan remaja mula mengambil jalan mudah untuk menenangkan diri merekasekaligus cuba untuk keluar dari masalah yang berada di sekeliling mereka dengan melakukanperkara yang tidak sihat seperti merokok, bergaul bebas dan menghisap dadah. Malahan, apayang lebih teruk lagi, terdapat sebahagian mereka yang memberontak dan mula bersifatagresif sehingga membawa kepada keinginan untuk membunuh supaya kemarahan ataukesedihan yang dipendam dapat dikurangkan.Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut membawa kesan besar terhadap sikapseseorang remaja. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan diakui memberikan pengaruh yangcukup kuat dalam pembentukan perilaku mereka. Rakan sebaya juga memainkan perananyang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinyasendiri sama ada dirinya dihargai atau sebaliknya. Malahan, remaja juga sanggup melakukansesuatu yang di luar kemampuannya sekadar untuk membolehkan mereka diterima oleh rakansebaya supaya mereka tidak merasa disisihkan dan merasa diri dihargai. Walaubagaimanapun, pada asasnya, faktor yang membawa kepada masalah sosial ini ialah dirisendiri iaitu akibat perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru tanpamengetahui baik dan buruk yang bakal timbul akibat daripada perbuatan yang dilakukan.Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang boleh membawa kepada berlakunyajenayah dalam kalangan remaja sama ada keluarga, persekitaran, rakan sebaya atau dirisendiri. Justeru, apabila seseorang guru mengenal pasti pelajar yang dianggap bermasalahperlu segera mengambil tindakan susulan. Ibu bapa juga seharusnya mengambil berat dan prihatin dengan anak-anak kerana mereka sepatutnya berada pada hierarki atas sistemsokongan remaja dan menjadi tempat utama remaja mengadu masalah mereka

No comments:

Post a Comment