Dimana Terletaknya Akhlak Manusia ?
Mungkin ramai yang sukar hendak menjawabnya
Jika menjawab pun pasti macam-macam pandangan manusia
Ada yang kata
Akhlak itu perangai manusia
Akhlak itu perbuatan manusia
Akhlak itu tindak tanduk manusia
Tetapi ini bukan persoalannya
Persoalannya
Dimanakah terletaknya akhlak manusia
Kita analisa
Kata manusia
Akhlak letaknya dihati kita
Akhlak juga dikatakan sebahagian dari iman manusia
Akhlak juga digambarkan oleh perbuatan manusia
Tingkah laku manusia
Buktinya
Jika manusia lakukan sesuatu yang melanggar tatasusila manusia
Mereka akan dikatakan tidak berakhlak oleh manusia yang lainnya
Sebaliknya
Jika manusia lakukan sesuatu yang baik dari pandangan manusia
Mereka akan dikatakan berakhlak mulia
Apakah akhlak ini hanya satu gelaran sahaja
Atau akhlak ini boleh dilihat oleh manusia
Jika manusia melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akhlaknya
Itu bukan akhlak namanya
Itu perbuatan manusia
Yang menyebut bahawa seseorang itu tidak berakhlak atau berakhlak mulia
Bukannya yang melakukannya
Tetapi ianya disebut oleh orang lain yang melihatnya
Jadi dimana letaknya akhlak manusia ?
Apakah akhlak itu berada dengan manusia yang melakukannya ?
Atau akhlak itu berada pada manusia yang melihat dan menegurnya ?
Kita cerita
Ada seseorang itu berakhlak mulia pada pandangan manusia
Siapa yang berakhlak mulia sebenarnya
Yang membuatnya
Atau yang menegurnya
Jika diamati dengan penuh hikmahnya
Yang menegur itulah yang berakhlak mulia
Sebab dia mengatakan seseorang itu berakhlak mulia
Dia tidak sedar, dia memuji Tuhan sebenarnya
Tetapi jika dia menyebut sesuatu disebaliknya
Misalannya
Tidak berakhlaknya sidia
Maka yang tidak berakhlak sebenarnya
Adalah yang menegur si dia
Dia tidak sedar, dia mengutuk Tuhan sebenarnya
Maka jika dilihat dengan penuh hikmahnya
Dimana sebenarnya akhlak manusia berada
Bukannya pada diri sendiri sebenarnya
Tetapi akhlak seseorang manusia itu berada pada manusia yang lain sebenarnya
Begitulah Tuhan mendidik manusia
Buktinya
Mana ada manusia yang akan mengaku akhlaknya tidak mulia
Pasti manusia akan berkata
Ia memiliki akhlak yang mulia
Memang ini pun yang manusia perlukannya
Tetapi sudah menjadi kaedah Tuhan mendidik manusia
Yang baik atau tidak baik akhlak manusia
Pasti akan ditegur oleh manusia yang lainnya
Kalau manusia yang menegur itu akhlak nya mulia
Maka mulialah tegurannya
Tetapi jika yang menegur itu tidak berakhlak mulia
Maka macam-macamlah yang akan keluar dari mulut nya
Siapa yang hendak diakhlakkan Tuhan sebenarnya ?
Yang membuat atau yang menegur manusia
Disini kita sudah dapat melihatnya
Kita sudah dapat mengamatinya
Kita sudah dapat merasainya
Bahawa akhlak kita itu sebenarnya
Ada pada orang lain rupanya
Bukan ada pada diri kita
Atau boleh juga dikata
Akhlak kepunyaan kita ada pada orang lain sebenarnya
Akhlak yang ada pada diri kita pula bukan kita punya
Inilah kata Tuhan Yang Maha Berkuasa
Mungkin ramai yang tidak dapat menerimanya
Tetapi hakikatnya Tuhan kata
Itulah yang Tuhan hendak gambarkan kepada manusia
Memang jika tidak dihidayahkan oleh Nya
Sukar manusia menerima
oleh...Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
141552 Januari 2009
No comments:
Post a Comment